Thursday, September 10, 2009

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh


  1. Kalau tersepak batu
    Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak
  2. Kalau terjatuh daripada basikal
    Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak
  3. Kalau terjatuh tangga
    Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus..ala2 ahli silat gitewww..
  4. Kalau terjatuh dalam longkang
    Pungutlah sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. Hoh!
  5. Kalau jatuh ketika hendak menaiki bas
    Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di belakang anda
  6. Kalau terjatuh di hadapan bus stop
    Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring terus sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop itu.. haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula!
  7. Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin
    Tarik kawan(atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu
Tips-tips ini hanyalah hiburan semata-mata..tiada kena mengena dengan sesiapa saja yang masih ada ataupun yg telah tiada..Hehehe

0 comments:

Post a Comment