Thursday, December 2, 2010

Surat Untuk PM

PM kesayangan ku

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah kerana menaikkan harga minyak. Selepas ini apabila harga minyak naik, harga barang yg lain akan naik. Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja. Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN.

Anak saya yangg seramai 5 orang itu boleh bekerja selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN. Saya akan merubah bilik-bilik yang ada di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik. Saya terpaksa tanam dalam bilik kerana saya duduk dekat rumah flat.

Rebet yang diberikan kepada saya memang melebih dari keperluan saya. Apabila saya congak, saya hanya menggunakan 20 sen saja duit minyak motor sehari. Ada untung 21 sen. Saya tak pakai pon kete sebab bile minyak naik saya kene jual Datsun kotak mancis saya. Dapat gak duit. Anak-anak saya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah. Sejauh 5 KM walaupon saya berpendapatan RM 1000, ia terlebih cukup untuk keluarga saya.

Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya, saya tidak akan menggunakan gula, tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot. Akan menggantikan beras ngan ubi. Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk). Saya akan buat minyak masak sendiri itu antara care saya merubah hidup.

Ade banyak lagi care semuanya kerana UMNO dan BN. Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi harga minyak yg ade. Bukan tu ajerk, diminta menaikkan lagi harga tol kerana org sebelah rumah saya nih orang pembangkang. Dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke
dia.

Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah. Tapi jangan lupa Pak Lah tandatangan yerk..! Jgn lupe Pak Lah, naikkan lagi harga minyak. Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%.

Saya tetap akan menyokong Pak Lah. Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah. Hidup UMNO, hidup BN.

Sekian, terima kasih.

p palang s: sampaikan salam saya pada KJ dan Patrik Badawi dan tak lupe gak tuan punya Syarikat Scomi.

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

0 comments:

Post a Comment