Monday, December 13, 2010

Tahukan Anda

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday, December 9, 2010

KALAU KU PUNYA EMAIL

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.
Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu
menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim
maklumat yang diperlukan."
Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh
diambil sebagai pekerja..
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki
USD 10.lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur...
Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2
jam saja...
Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan
menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia
mampu membeli
Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa
supermarket di US...
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan
keluarganya...
Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah
bersetuju... Penjual insuran berkata..
"Minta email Puan..."
"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu
Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai
komputer dan email.
Baya ngkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan
email."
Wanita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

Wednesday, December 8, 2010

Ayat selepas dah kahwin!

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Friday, December 3, 2010

Subject: RM1000 & Telur

Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 dibank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI: Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada....... Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata.. Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik.Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

Manager: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

Manager : Tak guna punya orang tua....

Thursday, December 2, 2010

Surat Untuk PM

PM kesayangan ku

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah kerana menaikkan harga minyak. Selepas ini apabila harga minyak naik, harga barang yg lain akan naik. Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja. Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN.

Anak saya yangg seramai 5 orang itu boleh bekerja selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN. Saya akan merubah bilik-bilik yang ada di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik. Saya terpaksa tanam dalam bilik kerana saya duduk dekat rumah flat.

Rebet yang diberikan kepada saya memang melebih dari keperluan saya. Apabila saya congak, saya hanya menggunakan 20 sen saja duit minyak motor sehari. Ada untung 21 sen. Saya tak pakai pon kete sebab bile minyak naik saya kene jual Datsun kotak mancis saya. Dapat gak duit. Anak-anak saya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah. Sejauh 5 KM walaupon saya berpendapatan RM 1000, ia terlebih cukup untuk keluarga saya.

Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya, saya tidak akan menggunakan gula, tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot. Akan menggantikan beras ngan ubi. Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk). Saya akan buat minyak masak sendiri itu antara care saya merubah hidup.

Ade banyak lagi care semuanya kerana UMNO dan BN. Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi harga minyak yg ade. Bukan tu ajerk, diminta menaikkan lagi harga tol kerana org sebelah rumah saya nih orang pembangkang. Dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke
dia.

Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah. Tapi jangan lupa Pak Lah tandatangan yerk..! Jgn lupe Pak Lah, naikkan lagi harga minyak. Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%.

Saya tetap akan menyokong Pak Lah. Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah. Hidup UMNO, hidup BN.

Sekian, terima kasih.

p palang s: sampaikan salam saya pada KJ dan Patrik Badawi dan tak lupe gak tuan punya Syarikat Scomi.

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

Lawak

Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan............Hahahaha